Sunday, October 13, 2013

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tipu Kelayakan Untuk Dapat Projek?


Tamat pemilihan sayap-sayap parti kini Pemilihan UMNO 2013 tertumpu kepada pemilihan Bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO yang akan berlangsung sabtu depan. Di Selangor daripada 22 bahagian UMNO hanya UMNO bahagian Hulu Langat tiada pertandingan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Pertandingan Ketua UMNO bahagian di Selangor sangat menarik kerana banyak penyandang jawatan yang mempunyai nama besar dicabar. Ini termasuk bahagian Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor sendiri di Tanjung Karang.

Bagaimanapun pertandingan UMNO Bahagian Kota Raja sangat menarik apabila Ketua Bahagian sedia ada Ir. Kamaruzzaman Johari dicabar oleh Rauf Mokhtar. Rauf merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada masa jawatankuasa penaja dan juga merupakan Naib Ketua Bahagian penggal lalu.

Aneh sekali semua jawatan di Kota Raja dipertandingkan kecuali jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dimenangi tanpa pertandingan oleh bekas orang kuat Anwar Ibrahim, "Senator" Ezam Mohd Noor. Inilah kebijaksanaan Ir. Kamaruzaman. 

Apa yang sangat menarik dan tidak ketahui oleh ramai ahli UMNO dan rakyat ialah UMNO Kota Raja bakal diketuai penipu bernama Ir. Kamaruzzaman Johari (KJ). 

Saya katakan KJ seorang penipu kerana beliau tidak pernah mempunyai kebenaran untuk menggunakan title Ir. 

Bukan semua jurutera layak menggunakan gelaran Ir. yang bermaksud  IngĂ©nieur (Engineerini. Ia hanya boleh digunakan oleh jurutera yang telah lulus peperiksaan khas yang diadakan oleh badan profesional jurutera.

Semakan dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board Of Engineers Malaysia) mendapati Kamaruzzaman Johari tidak mempunyai kelulusan dan kelayakan untuk menggunakan title Ir. pada pangkal namanya. Boleh check di sini: http://www.bem.org.my/v3/professional.htmlIni berbeza dengan  Ir. MOHD ZIN BIN MOHAMED yang sememangnya disenaraikan oleh Lembaga ini sebagai Jurutera yang layak menggunakan title Ir.

KJ bukan sahaja menipu ahli UMNO atau orang ramai, tetapi rakan perniagaan dan kerajaan kerana meletakkan kelayakan Ir. ini dalam profail dirinya dan syarikat beliau.

Beliau memaparkan dengan jelas title Ir. dalam profail syarikat beliau Perkasa Jauhari Sdn Bhd.




Bayangkan berapa banyak pihak yang ditipu oleh beliau untuk mendapat kontrak hasil daripada title palsu "Ir." beliau.



Senarai Projek Perkasa Jauhari Sdn Bhd 

1. http://pjsdnbhd.com.my/index.php?option=com_virtuemart&Itemid=191
2. http://pjsdnbhd.com.my/index.php?option=com_virtuemart&Itemid=190

Apakah syarikat ini boleh mendapat projek-projek ini jika tiada jutera bergelar Ir. dalam syarikat tersebut?

Jika dalam perniagaan pun menipu apatah lagi dalam politik. Cukuplah "Ir." KJ. Sila buang title ini dari nama anda atau tunjukkan sijil yang menyatakan anda layak menggunakan title Ir. ini.

2 comments:

  1. rakyat tak pelik pun. dari kapla sampai ke pangkal. kaki haprak.

    ReplyDelete
  2. Apa apa pun terpulang pada pemilih, adakah anda ingin 'penipu' begini terus menerajui kepimpinan Bahagian ini...???
    Pilih lah dengan bijaksana, jangan kerana sedikt 'habuan' yang diberi, anda terlupa masa depan anda, anak anak anda dan cucu cicit anda..!!!
    Selamat Mengundi...!!!

    ReplyDelete