Thursday, October 10, 2013

2013 Sejarah Baru UMNO, Tapi Cerita Masih Sama?

Tahun 2013 menyaksikan UMNO bakal berhadapan wacana politik baru apabila pemilihan pimpinan pusat dijalankan di peringkat bahagian. Hari ini sayap-sayap UMNO - Pemuda, Puteri dan Wanita telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka pada sekitar sebelum jam 12 tengaha hari tadi.

Melalui sistem baru itu, kira-kira 230,000 perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di seluruh negara di bakal menentukan kepimpinan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat. 

Diharapkan pemilihan kali ini berjalan lancar walaupun telah wujud prasangka akan berlaku sabotaj dan penipuan memandangkan ia kali pertama diadakan dalam konsep sebegini.

Bagi Pemuda UMNO, Mr Khairy Jamaluddin (KJ) dijangka menang besar menentang calon-calon "cap ayam" bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. KJ yang terkenal sebagai suara reformis dan moderate dalam Pemuda UMNO dilihat penyelamat UMNO pada masa depan.

Kehebatan dan kebolehan KJ yang setanding dengan Abraham Lincoln menyebabkan pemimpin UMNO yang lain seperti Zambry Kadir, Idris Haron, Khaled Nordin, dan Mukhriz Khairuddin Aseh tidak berani masuk gelanggang. Malah atas kehebatan KJ yang menyelamatkan UMNO dari ditolak oleh orang muda dalam pilihan raya lalu menyebabkan PM Najib menganugerahkan Menteri Belia dan Sukan kepada beliau.

Bagi Wanita pula, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dijangka menang walaupun diberi tentangan hebat oleh Dato Maznah Mazlan. Sharizat dijangka menang kerana Wanita UMNO secara keseluruhannya bersifat mempertahankan parti dan kepimpinan. Justeru serangan bertali arus dari luar ke atas Shahrizat dilihat satu ancaman langsung kepada pergerakan tersebut. Seperti sifat seorang ibu, Wanita UMNO akan bergerak mempertahankan Sharizat bukan kerana mereka terlalu sayang kepada beliau tetapi kerana sifat semula jadi nalur keibuan mereka.

Bagi Ketua Puteri UMNO, pula menyaksikan pertandingan antara Y.B. Mas Ermieyati Samsudin dan Jamilah Hanim Othman. Peluang dikatakan seimbang biarpun terdapat cakap-cakap bahawa Setiuasaha Kerja UMNO yang bertanding sebagai Keua Bahagian Masjid Tanah giat membantu Mas Ermieyati yang merupakan saudara beliau dan juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Sama-sama kita nantikan keputusan malam ini sama pemilihan ini benar-benar memberi sejarah baru kepada UMNO atau sekadar skrip lama di pentas baru.

No comments:

Post a Comment