Sunday, October 13, 2013

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tipu Kelayakan Untuk Dapat Projek?


Tamat pemilihan sayap-sayap parti kini Pemilihan UMNO 2013 tertumpu kepada pemilihan Bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO yang akan berlangsung sabtu depan. Di Selangor daripada 22 bahagian UMNO hanya UMNO bahagian Hulu Langat tiada pertandingan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Pertandingan Ketua UMNO bahagian di Selangor sangat menarik kerana banyak penyandang jawatan yang mempunyai nama besar dicabar. Ini termasuk bahagian Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor sendiri di Tanjung Karang.

Bagaimanapun pertandingan UMNO Bahagian Kota Raja sangat menarik apabila Ketua Bahagian sedia ada Ir. Kamaruzzaman Johari dicabar oleh Rauf Mokhtar. Rauf merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada masa jawatankuasa penaja dan juga merupakan Naib Ketua Bahagian penggal lalu.

Aneh sekali semua jawatan di Kota Raja dipertandingkan kecuali jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dimenangi tanpa pertandingan oleh bekas orang kuat Anwar Ibrahim, "Senator" Ezam Mohd Noor. Inilah kebijaksanaan Ir. Kamaruzaman. 

Apa yang sangat menarik dan tidak ketahui oleh ramai ahli UMNO dan rakyat ialah UMNO Kota Raja bakal diketuai penipu bernama Ir. Kamaruzzaman Johari (KJ). 

Saya katakan KJ seorang penipu kerana beliau tidak pernah mempunyai kebenaran untuk menggunakan title Ir. 

Bukan semua jurutera layak menggunakan gelaran Ir. yang bermaksud  IngĂ©nieur (Engineerini. Ia hanya boleh digunakan oleh jurutera yang telah lulus peperiksaan khas yang diadakan oleh badan profesional jurutera.

Semakan dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board Of Engineers Malaysia) mendapati Kamaruzzaman Johari tidak mempunyai kelulusan dan kelayakan untuk menggunakan title Ir. pada pangkal namanya. Boleh check di sini: http://www.bem.org.my/v3/professional.htmlIni berbeza dengan  Ir. MOHD ZIN BIN MOHAMED yang sememangnya disenaraikan oleh Lembaga ini sebagai Jurutera yang layak menggunakan title Ir.

KJ bukan sahaja menipu ahli UMNO atau orang ramai, tetapi rakan perniagaan dan kerajaan kerana meletakkan kelayakan Ir. ini dalam profail dirinya dan syarikat beliau.

Beliau memaparkan dengan jelas title Ir. dalam profail syarikat beliau Perkasa Jauhari Sdn Bhd.




Bayangkan berapa banyak pihak yang ditipu oleh beliau untuk mendapat kontrak hasil daripada title palsu "Ir." beliau.



Senarai Projek Perkasa Jauhari Sdn Bhd 

1. http://pjsdnbhd.com.my/index.php?option=com_virtuemart&Itemid=191
2. http://pjsdnbhd.com.my/index.php?option=com_virtuemart&Itemid=190

Apakah syarikat ini boleh mendapat projek-projek ini jika tiada jutera bergelar Ir. dalam syarikat tersebut?

Jika dalam perniagaan pun menipu apatah lagi dalam politik. Cukuplah "Ir." KJ. Sila buang title ini dari nama anda atau tunjukkan sijil yang menyatakan anda layak menggunakan title Ir. ini.

35 Calon Ketua Sayap Menang Tanpa Bertanding Di Johor

JOHOR BAHARU, 12 Okt – Sebanyak 35 calon ketua tiga sayap UMNO di 26 bahagian Johor diumum menang bagi pemilihan bahagian masing-masing setelah tidak dicabar calon lain.
Bagi jawatan Ketua Wanita, sejumlah 12 calon menang tanpa bertanding antaranya Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, yang juga penyandang sebelum ini.
Lima calon menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda iaitu Bastien Onn (Segamat), Salehudin Satar (Muar), Fauzani Salubin (Ayer Hitam), Khairul Anwar Rahmat (Kluang) dan Onn Hafiz Ghazi (Sembrong).
Bagi jawatan Ketua Puteri pula, semangat musyawarah dan kesepakatan ternyata menebal dalam kalangan anggota Puteri di negeri ini apabila 18 calon dari 26 bahagian menang tanpa bertanding.
Pemilihan hari ini juga menyaksikan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian Kluang setelah memperoleh 255 undi untuk menewaskan pencabarnya, Haslina Mohamed Dom yang meraih 68 undi.
Turut menang mudah ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang Normala Abdul Samad, yang juga Anggota Parlimen kawasan berkenaan yang menewaskan Naib Ketua Wanita Bahagian itu merangkap Ketua Wanita Umno Cawangan Mawar Utama Shahriah Ismail.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Johor Abdul Rahman Johari berkata secara keseluruhan, perjalanan pemilihan tiga sayap di 26 bahagian berjalan lancar meskipun terdapat masalah kecil seperti kelewatan penerimaan senarai nama di beberapa kawasan.
“Pengalaman menggunakan sistem baharu ini kita akan gunakan dan segala kelemahan akan kita atasi dalam mesyuarat pemilihan bahagian serta Majlis Tertinggi pada 19 Okt nanti,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan UMNO Johor malam ini.
Secara keseluruhan, terdapat 1,892 cawangan Wanita, 1,480 Pemuda dan 587 Puteri yang mengambil bahagian pada pemilihan kali ini dengan jumlah perwakilan 10,532 bagi Wanita, 7,801 Pemuda dan 3,596 Puteri. – MediaUMNO

Saturday, October 12, 2013

Bila Bloggers Elite Menyerang Isa Samad, H20 Harap Dia Bukan Nombor Akhir

Saya membaca sambil tersenyum bila beberapa bloggers elite menyerang calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad yang juga pengerusi Felda.

Rocky Bru yang menjadi boss kepada english bloggers perasan pandai dan elite ini menyalahkan Isa Samad dalam hal Datuk Sabri dan lain-lain hal dalam FGV seperti artikel berikut:

1. http://www.rockybru.com.my/2013/09/why-isa-samad-must-not-taste-political.html
2. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/10/11/disclosure-of-deceit/
3. http://www.rockybru.com.my/2013/10/documents-fgv-didnt-want-bursa-to-know.html
4. http://www.rockybru.com.my/2013/10/521.html

Ini menunjukkan Hishammuddin Tun Hussien Onn sudah mula takut dengan cabaran Isa Samad. Sebenarnya Isa Samad bukan cabaran Hishammudin, Cabaran Hishamuddin terbesar ialah Mukhriz, Zahid, Ali Rustam dan Shafie Apdal.

Mungkin Hisham sudah hampir mengaku kalah maka harapan yang tinggal ialah agar beliau tidak mendapat nombor tercorot.

Bloggers elite yang dulunya mendapat durian runtuh begitu banyak atas kerja konsultansi kepada satu syarikat media yang menguruskan penyenaraian FGV kini beralih arah kepada Hishammmudin selepas syarikat yang terbabit ditamatkan perkhidmatan.

Percayakah anda bila Rocky bru menyatakan Hisham antara Naib Presiden dan Menteri terbaik UMNO? Kah Kah Kah Kah

Pemilihan UMNO jangan jadikan pemilihan ini pemilihan anak menantu, sepupu sepapat penguasa. Ini parti keramat Melayu bukan parti minum arak bloggers elite.




Thursday, October 10, 2013

2013 Sejarah Baru UMNO, Tapi Cerita Masih Sama?

Tahun 2013 menyaksikan UMNO bakal berhadapan wacana politik baru apabila pemilihan pimpinan pusat dijalankan di peringkat bahagian. Hari ini sayap-sayap UMNO - Pemuda, Puteri dan Wanita telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka pada sekitar sebelum jam 12 tengaha hari tadi.

Melalui sistem baru itu, kira-kira 230,000 perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di seluruh negara di bakal menentukan kepimpinan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat. 

Diharapkan pemilihan kali ini berjalan lancar walaupun telah wujud prasangka akan berlaku sabotaj dan penipuan memandangkan ia kali pertama diadakan dalam konsep sebegini.

Bagi Pemuda UMNO, Mr Khairy Jamaluddin (KJ) dijangka menang besar menentang calon-calon "cap ayam" bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. KJ yang terkenal sebagai suara reformis dan moderate dalam Pemuda UMNO dilihat penyelamat UMNO pada masa depan.

Kehebatan dan kebolehan KJ yang setanding dengan Abraham Lincoln menyebabkan pemimpin UMNO yang lain seperti Zambry Kadir, Idris Haron, Khaled Nordin, dan Mukhriz Khairuddin Aseh tidak berani masuk gelanggang. Malah atas kehebatan KJ yang menyelamatkan UMNO dari ditolak oleh orang muda dalam pilihan raya lalu menyebabkan PM Najib menganugerahkan Menteri Belia dan Sukan kepada beliau.

Bagi Wanita pula, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dijangka menang walaupun diberi tentangan hebat oleh Dato Maznah Mazlan. Sharizat dijangka menang kerana Wanita UMNO secara keseluruhannya bersifat mempertahankan parti dan kepimpinan. Justeru serangan bertali arus dari luar ke atas Shahrizat dilihat satu ancaman langsung kepada pergerakan tersebut. Seperti sifat seorang ibu, Wanita UMNO akan bergerak mempertahankan Sharizat bukan kerana mereka terlalu sayang kepada beliau tetapi kerana sifat semula jadi nalur keibuan mereka.

Bagi Ketua Puteri UMNO, pula menyaksikan pertandingan antara Y.B. Mas Ermieyati Samsudin dan Jamilah Hanim Othman. Peluang dikatakan seimbang biarpun terdapat cakap-cakap bahawa Setiuasaha Kerja UMNO yang bertanding sebagai Keua Bahagian Masjid Tanah giat membantu Mas Ermieyati yang merupakan saudara beliau dan juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Sama-sama kita nantikan keputusan malam ini sama pemilihan ini benar-benar memberi sejarah baru kepada UMNO atau sekadar skrip lama di pentas baru.